Wednesday, December 9, 2009

camner nak teruskan ni...


sesekali dalam hidup ni kita akan berhadapan dengan situasi begini...
adakah pada masa tu kita masih punya pilihan ???



Orang Tabligh...jangan salah anggap yea

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Tuesday, December 8, 2009

Ilmu dan akal

Banyak membaca bertambahlah ilmu...
tetapi bukan semua ilmu boleh diterima "akal"
oleh kerana itu "berakallah dulu" sebelum berilmu...

sila klik gambar di bawah ni utk test mata anda 






Monday, December 7, 2009

Kita Adalah Apa yG kita Makan... sesuatu utk direnungkan


 
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi kat hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sbb percaya buku sains keluaran kafir ni.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tgk yahudi, depa minum kopi kan kalau tak takde la Starbuck. pastu Profesor kat UK yang yahudi semua ada segelas kopi kat tangan diorang.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah2 buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah berascun, pastu sangat tak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). dan para Melayu kita juga yang dok ketagih dok minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sbb USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah, 168)
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(al-Maidah, 88)
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(an-Nahlu, 114)  

dipetik dr salah sorang komen dr ibnuyaacob..

Sunday, December 6, 2009

Go Your Own road

jalan kita, kita yg tentukan...
tapi kalau dah ada jalan yg terbukti kebaikannya tak salah kalau kita ikut jalan tu


Rasa gayat tapi bleh tengok Bumi bulat wooo..


Gambar di atas ini menjelaskan lagi fakta dimana pemandangan yang diambil dari 'the top of The Burj' mampu menunjukkan yang bumi itu berbentuk bulat(sfera). Memang tinggi sungguh. Salah satu dari tanda-tanda kiamat, apabila manusia mula gila berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit.

Wednesday, November 18, 2009

Fadhilat membaca Al-Quran

Rasulullah SAW pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"

Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?"

Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibubapa yang membesarkan kita. Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari.

Semoga hendaknya kita akan tergolong di dalam golongan mereka yang beringat dan diberkati Allah. InsyaAllah!!!

wassalam
__________________
"Setiap yang hidup Pasti merasai Mati"

Keajaiban Selawat



1. Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)


2. Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


salah satu contoh....(menjauhkan diri dari terkena penyakit)






...
" Qalbu tidak menghendaki apa-apa selain daripada ilmu dan tidak gemarkan sesuatupun selain
daripada ilmu. Ia belajar dan belajar sepanjang usianya. Ia menghiasi dirinya dengan ilmu
dalam seluruh zaman hingga waktu bercerainya dari badan.
Jika ia menerima sesuatu yang lain daripada ilmu,
maka penerimaannya ini cuma untuk kepentingan badan,
bukan untuk kepentingan dirinya dan kecintaan asalnya "
(Imam Ghazali r.a).
Ayam berkokok bila matahari terbit
Tapi Matahari terbit tanpa perlu ayam berkokok

pening dok perhatikan atok ni duduk....

Monday, November 16, 2009

Bugatti Veyron

Fastest car on the road yet most expensive...bila lah dapat duduk kat belakang stereng keta ni !!!

The Bugatti Veyron is limited to only 300 units worldwide, and has a 1001 PS, 8.0-litre W16 engine with quad turbochargers. Zero-to-hundred takes just a heart-stopping 2.46 seconds, while 0-400 km/h takes only 50 seconds. The supercar has a top speed of 407 km/h.

The Veyron consumes more fuel than nearly any larger car (not including buses or heavy trucks), using 40.4 litres per 100 kilometres in city driving and 24.1 litres per 100 kilometres in combined cycle.At full throttle, it uses more than 115 litres per 100 kilometres (2.46 mpg-imp; 2.05 mpg-US), which would empty its 100 litres fuel tank in just 12 minutes.

Engine - 8.0 L W16
Weight - 1888 kg
Power(HP)- 1001 hp @ 6000 rpm
Torque - 1250 nm @ 2200 rpm
Topspeed - 407.5 km/h
Miles / hour - 253.2 mph
Theoretical topspeed - 414 km/h
Acceleration:
0 to 100 Km/h - 2.5 s
0 to 100 mph (161 km/h)- 5.5 s
0 to 200 Km/h N/A 7.3
0 to 150 mph (241 km/h)- 11.3 s
0 to 300 Km/h - 16.7 s
0 to 200 mph (322 km/h)- 22.2 s
0 to 400 Km/h -55 s

The Bugatti Veyron has a total of 10 radiators.

4 radiators for the engine cooling system.
1 heat exchanger for the air-to-liquid intercoolers.
2 for the air conditioning system.
1 transmission oil radiator.
1 differential oil radiator.
1 engine oil radiator.
1 hydraulic oil radiator for the spoiler.
4 turbochargers that assist the 1001 bhp.

...kenangan Haji 2006

pemandangan tawaf waktu malam dari tingkat satu...seminggu sebelum wukuf Arafah

suasana waktu malam sehari sebelum bertolak ke Arafah...pintu King Abdul Aziz

jemaah haji sedang berebut makanan percuma

pemandangan di Muaissim...jemaah dalam perjalanan untuk melontar jamrah

tempat melontar jamrah di Mina

tingkat satu Masjidil Haram

Masjid Nabawi Madianh Al Munawarrah, di bawah kubah hijau ini lah bersemadinya jasad Rasulullah SAW

kawasan makam Baqi' Madinah

dalam penerbangan SV to JED...upgraded business class seat